Ahad, 12 Ogos 2012

Terima kasih awak


Aku memegang tangan nya.tapi dia melepaskan dengan pelahan.dia memandang aku seakan-akan ingin mengatakan sesuatu.aku tersenyum agar dia selasa memandang aku."kenapa awk tersenyum"katanya dengan keras."saya tak nak awk sedih tengok muka saya"jawab aku dengan lembut."awak sebenarnya ada sesuatu ingin saya katakan"aku lihat dia dengan tekun."selama 3 bulan kita berjauhan,saya keluar dengan seorang lelaki"aku seakan-akan terkejut."dua bulan saya bersamanya ketika saya kesunyian,ketika saya memerlukan awak disisi saya.maafkan saya awak"dia berkata dengan sebak.hanya tuhan saja yang tahu perasaan aku ketika itu.aku menahan air mata agar dia teruskan berkata"hati saya dah beralih kepadanya"air matanya deras mengalir.aku ketika itu bagaikan ingin rebah ke tanah.aku mengigil."dimana cintanya pada aku,dimana cinta sucinya"terbisik dihati aku.tiba-tiba ada satu aura untuk aku katakan padanya"bagus lar awak,lagi pun saya dah bosan dengan awk".dia memandang aku dengan terkejut matanya agak bulat."lagi pun saya dah tahu ini akan berlaku"aku berkata sambil menunduk muka ketanah.air mata yang aku tahan tadi mengalir dengan deras.aku memandang mukanya yang sayu."jaga diri awak baik-baik"ringkas aku berkata smbil tersenyum.aku melangkah meninggalkan nya.semasa aku melangkah dia sempat berkata"terima kasih awak pernah membahagiakan saya"kata-katanya lenyap setelah aku berlalu pergi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan